Friday 15 July 2011

happy bithday to me :) hihih

hwaaaaaaaaaaaaaa. lamanya tak update ! sorry. sejak2 umur dah meningkat ni semuanya lupa. memory lost habisss. ini pun tah tekan ape tetiba bole sign in , esok2 tatau ingat ke tak. HAHA.

ingat lagi  entry pasal 15DAYS TO GO yg cerita tergantung tu ? HAHA. nak cerita la ni. sempena ulang tahun saya yg ke 20tahun . ( ek eleh umur baru 20 tapi muka mcm 30thn.) haaa aku tau ekau semua nak cakap mcm tu kan kan.  babap kang nak ! baik jgn cakap pape. hihih. sempena harijadi yg ke20 , aku nak jugak beli hadiah untuk diri sendiri. kalau beli sendiri kan puas hati , ade benda yg bole memories kan. so aku decide nak tukar handphone dgn canggih sikit la kan. dlm wishlist mmg banyak la nak beli. tapi tak baik tamak kan. satu sudah memadai :) dgn tak memikirkan ape2 , pegi bank cucuk duit terus pegi beli ! handphone ape ? JENG JENG JENG !


SAMSUNG GALAXY S. hihi

mmg super power la. worth it. rugi tak beli ! mmg best ! function baik. ape lagi tunggu ? pegi beliii. harga dah turun ! ok besok2 update lagi ! kbye. :D


Friday 10 June 2011

15 days to go !

yeyy. nak tau ape ? cu tekaaaaaaaa :P  takkan nak bagitau sekarang malu lah kita ! tunggu nanti la yekkk. hihi k bye

Thursday 19 May 2011

hanya kerana engkau !

hanya kerana senyuman kau aku tertawan.

hanya kerana kata kata kau aku telah jatuh cinta.

hanya kerana kau lahirlah perasaan kasih & sayang.

hanya kerana kau hidup aku menjadi sunyi.

hanya kerana kau hidup aku tak seceria seperti sedia kala.

hanya kerana kau hidup aku merana.

hanya kerana kau hati aku hancur berkecai.

hanya kerana kau aku kecewa dengan diri aku sendiri.

hanya kerana kau aku merintih keseorangan.

hanya padamu aku memohon kebahagiaan di dunia & di akhirat.

AMIN

Tuesday 3 May 2011

awal bulan MAY

lama rasanya tak kepoh kat sini. nak kata sibuk tu tak lah tapi takda apa yang menarik sangat. awal bulan ni banyak cerita hantu yang entah pape. yang bukan2 aje. tak adverture langsunggg ! semalam cuti sempena Hari Pekerja tatau nak pergi mana , ingat nak tgk wayang , yg lain semua dah tengok cerita SERU  je belum. then aku pun beli tiket tengok je cerita tuuu. memang seram pun cerita tu , aku mmg suka tgk cerita seram tapi kali ni bukan seram lagi, macam HAREMMM. ishh. aku tak suggest kan korang tengok cerita tu , lebih baik baca buku. boringgg~

baik korang tengok cerita nih. SUPERB lah ! tak rugi duit korang. caya lah !


ok dah , nak cerita tu jek. bai !

Thursday 31 March 2011

march to april :)

alaaaaaaaaaaa. nak handphone baru. nak jugak nak jugak ! ini semua jebak dgn budak ni. dia baru beli sony ericsson xperia x10. owh mannnnnnnnnnnnnnn. hot boleh laaa :P ekekekek wa lepak laaaaaaaaaaa. bertambah2 tension bila semua kawan2 saya nak tukar handphone. Abah, lily nak handphone boleh tak ? ehhehehe tapi tak cakap lagi. sebab tatau nak beli yang mana. nak beli yg mana ni ? juling mata pilih phone kat sini. asyane nih ? nak yg mana satu. cuba korang pilihkan satu ! aishhhh. 



kalau nokia N8 , dapat ni jadi lah. tak makan pun takpe. ehh tipu lah sgt kan. 


tak dapat xperia x10, salah satu nya sebab pink colour. perempuan sikit :P ihikk


ini pun caghe jugak ! hot boleh la pakai ni. aku rilek je. kalau dibelikan aku amikkk ! tapiiiiiiiii kalau abah baik hati abah nak belikan yg bawah ni pun boleh. tak payah pakai hphone pun takpe la. ni confirm duk bilik tak keluar punya lah.



 haishhh. pening laaaa. malam ni nak buat solat hajat , supaya ditemukan jodoh dengan hphone yg dipilih ni. ada pasal. okay dah tutup cerita.

besok bermula la bulan baru. bulan april. ada cerita disebalik 1st of april nih , ini bukan cerita kosong okay.
besok adalah hari jumaat ! HAHAHHA. padan muka kau. ase tak. besok  genap la tiga tahun saya berkenalan dengan MUHD ZULKHAIRI BIN ZABIDI. yesss. dia adalah ex-boyfriend saya. hah? kenapa pelik ? tak salah kan ? tak semestinya berpisah kene bermusuh. betul tak ? saya kenal die sejak form5 lagi. dia takda la hensem pun. tapi dia seorang lelaki yg baik hati. susah la nak cakap. tapi kadang2 menjengkelkan jugak. maklumlah lelaki , mereka kan suka ikut hati , jiwa dan raga. benda lain dorang tak pikir. tapi dia mmg baik lah. nak cerita panjang, sebab dalam masa tiga tahun macam2 ragam, macam2 hal. ini baru 3tahun belum 30tahun akan datang. isk isk. saya masih single. ECEH :p tapi orang akan ingat saya couple sebab ke hulu ke hilir saya bersama dia. keluar dgn die mmg best lah. lagipun die pemurah, saya nak beli apa semua dapat. EHEM. tak baik je. alhamdullillah saya jumpa orang yg pemurah. kalau ada jodoh tak ke mana ye wak :) okay lah stop sampai sini , besok cerita lagi. 


ni la orangnya. salam perkenalan kita yang ke tiga tahun ye, MUHD ZULKHAIRI ZABIDI :)





Saturday 19 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Aku dah tengok cerita ni tadi , boleh lah. boleh layan , masa mula2 masuk tak paham sebab masuk lambat. start pukul 2.30ptg , pukul 2.50ptg baru masuk . eheheh datang lambat. masuk masuk je blur. ha ape nih? ape nih ? ape dah jadi? sumpah ramai gila tadi , tapi nasib baik dapat seat E. nasib baikk. kalau tak duduk lah kau depan depan terdongak gitu ! so far so good lah cerita ni , tapi aku tak reti nak explain kat orang pasal cerita nih. tapi yg pasti boleh tahan. tahniah KRU. okay , nak rehat , besok pagi pagi nak bertolak ke JB nak ukur badan orang nak buat baju kawin. jumpa lagi. bye !

Friday 18 March 2011

Tini Collection.

Tini Collection dah masuk lebih kurang 3tahun dibangunkan tapi tak berapa nak tinggi. hihih. Butik ni adalah hasil titik peluh dan kerja keras oleh mama dan kakak saya. Mereka berhempas pulas untuk membangunkan butik ini dengan menjahit baju lelaki / perempuan , baju kurung moden , baju kebaya, baju kurung pahang, baju pengantin , baju tunang , telekung , mini ziarah dan peralatan untuk mengerjakan umrah / haji, dan macam2 lagi , banyak kalau nak taip. so saya tunjuk gambar jelah ye :)


ini la signboard nya. Tini Collection telah pun berpindah di No 22, Jalan Jenang , 83000 Batu Pahat, Johor. Dekat je dgn bustand baru. kalau tak jumpa jugak, call lah saya. ehehee


kami menerima tempahan yang tertera pada gambar di atas :)

                            ini contoh yang diambil , baju kurung moden bahagian depan dan belakang.

contoh sulaman.


ada banyak lagi contoh corak sulaman. boleh sulam kat baju , telekung pun boleh. suka takk? ehehe

*sekiranya ada pertanyaan sila lah bertanya. jangan malu jangan segan. Raya pun dah nak dekat , jemput lah dtg ke Tini Collection untuk membuat tempahan. sementara tempahan masih terbuka :) harini terasa sopan santun pula. ihihihi. okay then , bye !